Latihan Kata Adjektif

Latihan Kata Adjektif  1

1. Malam itu sungguh _________ kerana tiada kenderaan yang lalu - lalang.
    A. gelap          B. nyaman          C. hening          D. bising

2. Amir sangat _______ kerena mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.
    A. segan          B. benci          C. marah          D. kecewa

3. Sikap ayah yang _________ memberikan dorongan itu menambahkan lagi semangat saya untuk
    belajar.
    A. lupa          B. malu          C. jarang          D. sering

4. Walaupun datuk Ramli sudah tua, kulitnya masih ___________ .
    A. tegang          B. teguh          C. tegap          D. tegar

5. Burung bangau mempunyai leher yang __________ .
    A.tinggi          B. panjang          C. pendek           D. rendah

6. Lauk - pauk yang dijual di gerai Mak Midah sedap - sedap belaka walaupun ____________ .
    A. kelat         B. pedas          C. pedas          D. payau

7. Puan Khoo melabuhkan kain batik anaknya yang kelihatan ____________ itu.
    A. rendah          B. singkat          C. tinggi          D. sempit

8. Saya tidak akan _________ seandainya dia berterus terang.
    A. ragu          B. marah          C. dendam          D. bimbang

9. Pemidato itu agak ___________ semasa berhujah.
    A. marah          B. gembira         C. bimbang          D. gementar

10. Petir berdentum dengan __________ menandakan hari hendak hujan.
      A. kuat          B. rakus          C. senyap          D. perlahan


Latihan Kata Adjektif  2

1.        “Wang ini saya sumbangkan secara __________,”kata Lee Kepada Siva.

       A. Ikhlas                 B. sopan          C. adil          D. amanah


      2.        Pokok langsat yang ditanam oleh Pak Murad itu berbuah_______.

      A. Lebat                  B. penuh            C. ketat           D. padat


3.        Yuki berjoging dan menanam pokok bunga pada waktu _________.

     A. Sesak                  B. tegang             C. sunyi          D. senggang

 
4.        Baju Ching Ting sudah ________kerana kerap dipakainya.

     A.  Uzur                     B. lusuh            C. layu            D. kelam
 

5.        Bayi itu tidur dengan ___________ di atas pangkuan ibunya.

     A.  Kaku                     B. riang           C. diam        D. nyenyak

 
6.        Masakan itu amat __________kerana dimasak dengan cili yang terlalu banyak.

     A. Kelat                       B. pahit             C. pedas           D. payau

 
7.        Bahagian depan kereta itu telah ________setelah terlanggar lori.

     A. Patah                       B. remuk           C. retak           D. kempis

 
8.        Puan Laila berasa _________kerana menerima hadiah daripada anak-anaknya        bersempena dengan Hari Ibu.

     A. Cemas                     B. terharu                       C. terkejut              D. kecewa

 
9.        Abang Bok Yu _________berbahasa Jepun kerana dia pernah menuntut di Jepun selama   
           lima tahun.

     A.        Fasih                          B. leka                    C. bijak              D. deras

10.     Seluruh badan Azman ________kerana disengat sekawan tebuan sewaktu bermain di tepi   
           sungai.

    A.  Hancur                    B. tersiat                     C. tercalar              D. bengkak
 
 
Latihan Kata Adjektif  3

1. Harimau hutan yang berjaya ditangkap itu sangat ___________________.
A. Ganas                 B. comel               C. gebu             D. tembam

2. Nenek Timah yang sudah ____________itu berjalan menggunakan tongkat.
A. Bongkak               B. bongkok          C. bengkok       D. Condong

3. Ah Kin begitu _____________berbahasa Inggeris.
A. Condong                B. bijak            C. fasih            D. pantas

4. Persahabatan Mak Limah dan Mak Gayah sungguh_________.
A. Beku               B. hangat               C. karib                D. akrab

5. Sebelum kemalangan itu, Ali berkelakuan_____________.
A. Ganjil                 B. jelas                 C. lantang             D. janggal

6. Linda begitu ________dengan datuknya.
A. Lucu              B. manja                C. lawak              D. manis

7. Pelari itu berlari dengan_______menuju ke garisan penamat.
A. Kuat               B. cepat                          C. pantas                D. deras

8. Cahaya bulan yang _____ itu sungguh cantik.
A. Tenggelam              B. mengembang               C. pudar        D. mengambang

9. Rohayu kelihatan _______ begitu kurung.
A. Keras                B. kelat                 C. lembut               D. cantik

10. Bilik sewa rumah Linda sungguh __________.
A. Tebal              B. sempit                      C. tajam               D. keras

11. Mi kari itu _________ kerana terlebih garam.
A. Pahit       B. manis           C. masin          D. masam

12. Amerika Syarikat telah menggunakan senjata yang ______ untuk menyerang Afghanistan.
A. Daif            B. kuno               C. lama             D. canggih

13. Dia terlalu __________ kepada majikannya yang baik hati itu.
A. Setia               B. angkuh                      C. jarang               D. girang

14. Buaya ialah sejenis reptilia yang ____________.
A. Baik                B. ganas              C. jinak               D. manja

15. Budak yang ________ itu tersipu-sipu apabila diusik oleh rakan-rakannya.
A. Pendiam             B. pemalu               C. peramah                D. girang

16. Penglihatan datuk semakin_______________.
A. Juling                  B. bercahaya                      C. rapat             D. kabur

17. Tapak kasut sekolah saya sudah ___________.
A. Haus                 B. rencam                 C. tajam              D. tumpul

18. Ahli bina badan negara itu berbadan kuat dan______________.
A. Capek                B. tegap                 C. bongkok          D. pipih

19. Sarung kusyen di rumahnya berbau _________kerana tidak pernah dibasuh.
A. Harum               B. hanyir                  C. hapak            D. tengik

20. Bukit yang ___________itu amat sukar untuk di daki.
A. Sengit                      B. tirus                   C. rencam                D. curam

21. Amri lebih _____daripada Amir dan Din.
A. Leper               B. nipis                  C. tinggi              D. bulat
 
 
Latihan Kata Adjektif  4
1.       Air kopi itu terasa _____kerana belum dibubuh gula.
   A.      Kelat              B. pahit                 C. manis               D. masin
2.       Puan Teoh menguli adunan kuih pau itu sehingga ______.
    A.      Liat                 B. keras                                C. lembut            D. lembap
3.       Pusat peranginan itu terletak ______daripada kebisingan kota.
    A.      Jauh               B. dekat               C. hampir             D. lama
4.       Permukaan lantai itu menjadi ______setelah dimop oleh ibu.
   A.      Lembut        B. halus                     C. kasar                                D. licin
5.       Pakaian Syafik______kerana dia ditimpa hujann semasa dalam perjalanan ke sekolah.
   A.      Halus             B. basah               C. kembang        D. sejuk
6.       Hang Tuah sangat terkenal sebagai pahlawan Melayu yang ________.
    A.      Berani           B. takut                    C. elok                  D. jahat
7.       Semua kenderaan bergerak ______kerana berlaku suatu kecelakaan jalan raya yang dahsyat di Jalan Lintang.
    A.      Perlahan      B. deras                                C. laju                    D. gopoh
8.       Pihak polis telah mengambil tindakan ______untuk mengatasi masalah jenayah yang semakin menjadi-jadi sekarang.
A.      Lama             B. segera             C. lampau            D. lewat
9.       Lagu Melayu asli nyanyian penyanyi terkenal tanah air itu sungguh________.
   A.      Garau            B. merdu             C. biru                   D. kuat
10.   Warna _______pada Jalur Gemilang melambangkan kebesaran raja-raja Melayu.
   A.      Merah          B. biru                   C. kuning             D. putih
11.   Ah Meng dan kawan-kawannya sedang mengepam bola-bola yang _______itu di dalam stor sukan.
  A.      Lonjong        B. kempis            C. lurus                 D. kemik
12.   Tikar yang diperbuat daripada mengkuang itu _________buatannya.
  A.      Jelas              B. keras                                C. tegap               D. halus
13.   Pengemis itu makan nasi denggan_________kerana terlalu lapar.
  A.      Pantas          B. perlahan         C. lembut            D. gelojoh
14.   Besi pembahagi jalan itu _________setelah dilanggar sebuah lori membawa beras.
  A.      Bengkok      B. bujur                                C. kempis            D. lonjong
15.   Penghulu itu berasa sungguh _______terhadap penduduk kampong kerana anaknya terlibat dalam kegiatan jenayah.
  A.      Rindu            B. malu                 C. sayang             D. benci
16.   Bunyi jeritan yang __________dari rumah di tepi hutan itu sungguh menakutkan.
  A.      Merdu          B. nyaring            C. mersik             D. bising
17.   Dalam cerita dongeng, nenek kebayan amat ditakuti kerana wajahnya _______.
  A.      Lama             B. uzur                  C. hodoh              D. tua
18.   Jamal berasa ________melihat perangai Eng Kai yang mengada-ada itu.
  A.      Gembira      B. bosan               C. terharu            D. sedih
19.   Tiang rumah itu sudah ______kerana dimakan anai-anai.
  A.      Reput            B. kuat                  C. lembut            D. rapuh
20.   Mun Yeong hanya berjalan kaki ke tempat kerja kerana ________dengan rumahnya.
  A.      Awal              B. jauh                  C. dekat               D. nyaris
21.   Murid itu mengikat tali kasutnya dengan ________supaya tidak mudah terurai.
  A.      Kukuh           B. teguh               C. perlahan         D. kemas
22.   Jari adik luka kerana terkena pisau yang _________itu.
  A.      Tumpul         B. tajam               C. panjang           D. nipis
23.   Badan adik terasa ________ kerana bermain di kawasan semak-samun.
   A.      Gatal             B. kurus                                C. cantik               D. payau
24.   Kamariah menjemur tuala yang ______itu di ampaian.
  A.      Cerah            B. basah               C. kasar                                D. rapuh
25.   Kita haruslah bersenam supaya otak kita _________.
  A.      Cair                                B. cergas              C. cerdas              D. lembap
26.   Latihan bola sepak akan diadakan pada petang ini sekiranya cuaca ________.
  A.      Cerah            B. mendung       C. basah               D. rebut
27.   Biskut yang dibuat oleh Shasha _______kerana dibakar terlalu lama.
  A.      Hangus         B. kering              C. hancur             D. rosak
28.   Abang saya kelihatan sungguh __________apabila berbaju Melayu dan bersamping.
  A.      Jelita              B. gagah               C. kacak                D. cantik
29.   Pameran batik itu mendapat  sambutan _______daripada orang ramai.
  A.      Dingin           B. panas               C. hangat             D. hambar
30.   Ayah melarang adik mandi di sungai yang _______arusnya.
  A.      Cepat            B. laju                    C. deras                                D. pantas
31.   Mukanya menjadi _______setelah mendengar berita _______itu.
  A.      Merah…..buruk                        C. putih…. Buruk
  B.      Pucat….buruk                            D. pucat…..baik
32.   Perutnya ________kerana belum bersarapan.
  A.      Kosong         B. bulat                 C. kenyang          D. lapar
33.   Pemain bola sepak yang ______itu telah dipilih sebagai pemain terbaik.
  A.      Tangkas        B. cepat                C. laju                    D. cekap
34.   Biri-biri yang sedang meragut rumput di padang itu ________.
  A.      Gemuk-gemuk                         C. tergemuk
  B.      Paling gemuk sekali                 D. paling tergemuk
35.   Lukisan Wei Bin amat ______ .
  A.      Tercantik                                     C. tercantik sekali
  B.      Cantik sekali                               D. paling cantik sekali
36.   Yu Ying paling _____ makan durian.
  A.    suka              B. tersuka            C. suka sekali     D. tersuka sekali
37.   Semua kanak-kanak tadika itu ___belaka.
  A.      Comel           B. comel-comel C. tercomel         D. paling comel
38.   Kuih yang dibuat oleh kakak itu amat _________sekali.
  A.      Manis            B. termanis         C. manis-manis D. paling manis
39.   Anak Mak Tijah_______belaka.
  A.      Rajin-rajin   B. sangat rajin    C. sungguh rajin                D. paling rajin
40.   Kipas itu bergerak dengan ____________sekali.
  A.      Cepat            B. ligat                   C. pantas             D. laju
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



36 comments:

  1. lATIHAN YANG BAIK UNTUK MURID.

    ReplyDelete
  2. setuju~ terima kasih kerana berkongsi~

    ReplyDelete
  3. latihan yang baik~terima kasih

    ReplyDelete
  4. Latihan yang sesuai dengan tahap murid-murid.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian anda

    ReplyDelete
  6. Latihan yang bermanfaat kepada murid,terus berusaha1

    ReplyDelete
  7. satu latihan yang sesuai untuk tahap murid , tahniah

    ReplyDelete
  8. Latihan yang sesuai untiuk menguji kefahaman murid.

    ReplyDelete
  9. Latihan yang sesuai untuk murid.

    ReplyDelete
  10. LATIHAN YANG SESUAI BAGI MURID UNTUK BELAJAR

    ReplyDelete
  11. tetapi tiada jawapan untuk kenalpasti

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Latihan sesuai untuk murid

    ReplyDelete
  14. terima kasih . Latihan yang efektif untuk murid-murid

    ReplyDelete
  15. latihan yang baik untuk murid-murid

    ReplyDelete
  16. Latihan ini boleh membantu dalam peperiksaan

    ReplyDelete
  17. latihan yang baik , tetapi tak ada jawapan

    ReplyDelete
  18. Latihan yang bagus untuk murid-murid~😊

    ReplyDelete
  19. Latihan yang bagus dan baik untuk murid murid tapi sayangnya tak da jawaban

    ReplyDelete
  20. ada jawapan? boleh share jawapan?

    ReplyDelete
  21. Ada jawapan????

    ReplyDelete
  22. Terima kasih atas perkongsian.God bless u.

    ReplyDelete
  23. Macam mana nak letak jawapan

    ReplyDelete
  24. latihan yang baik dan dapat mencabar pemikiran murid.

    ReplyDelete
  25. Latihan yg bagus. Terima kasih....

    ReplyDelete