Kata Adjektif

Kata Adjektif

1. Kata Adjektif atau kata sifat ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang,
    tempat dan sebagainya.

2. Kata Adjektif boleh disertai dengan kata penguat seperti "sangat", "amat", "paling" dan sebagainya.

3. Kata Adjektif boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:


Jenis
Contoh Kata Adjektif
Contoh Ayat
Sifat / Keadaan
Bijak, sakit, malas, cantik, rajin, sihat
Arilin seorang murid yang bijak.
Warna
Merah, putih, kuning, biru, hitam
Bunga mawar itu berwarna merah.
Ukuran
Nipis, tinggi, rendah, kecil, besar, tebal
Buku cerita itu sangat tebal.
Bentuk
Bulat, bujur, leper, kempis, buncit
Encik Ramli membeli sebuah meja makan berbentuk bulat.
Pancaindera
Masin, masam, harum, merdu, licin, busuk
Suara penyanyi itu sungguh merdu.
Waktu
Lewat, baru, lama, segera, silam
Harif selalu datang lewat ke sekolah.
Jarak
Jauh, dekat, hampir
Rumah Tat Keong hampir dengan jeti.
Perasaan
Marah, sayang, rindu, sayu, malu, gembira
Nenek berasa sangat marah jika cucu-cucunya bercakap bohong.
Cara
Pantas, deras, lambat, lincah, perlahan
Air sungai mengalir dengan deras.
Kekerapan
Selalu, sering, jarang, kerap kali
Mereka selalu ke perpustakaan bersama-sama.

19 comments:

  1. thanks for informations sharing!Wonderful~

    ReplyDelete
  2. Penerangan yang jelas ,teruskan usaha anda~^^

    ReplyDelete
  3. Syabas, nota yang bermanfaat kepada semua! Teruskan usaha.^^

    ReplyDelete
  4. nota sangat lengkap, usaha lagi!
    sila beri komen kepada saya.
    blog saya:http://tangeokhwa1963.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Terima kasih berkongsi maklumat!

    ReplyDelete
  6. Maklumat yang bermanfaat,syabas.

    ReplyDelete
  7. Nota yang baik dan bermanfaat kepada murid-murid.Guru amat rajin kerana menghasilkan blog yang baik ini untuk murid-murid.

    ReplyDelete
  8. The explanation is clear and easy to understanding!

    ReplyDelete
  9. Nota yang bermanfaat kepada murid

    ReplyDelete
  10. Blog yang baik.

    ReplyDelete
  11. Where is comparative???i know is good and wonderful but you're missing other two things

    ReplyDelete
  12. Yup,thanks for sharing and also very useful.

    ReplyDelete