Thursday, 13 December 2012
Wednesday, 12 December 2012
Saturday, 8 December 2012
Thursday, 6 December 2012
Wednesday, 5 December 2012
ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU
Di
sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony.
Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan
mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony
akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu
ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan
mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung.
Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.
Sebab
itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung!
Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat
mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony,
walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony
menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti
biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony
tidak menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi
cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di
celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia
menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang!
Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!”
jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat
melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)